Wednesday, July 15, 2015

sapaan berlainan hati

Masa berlalu
Tak terperasankan punya batas waktu
Hati sekali lagi dipalu
Tentang soalan itu

Kejadian yang berlaku
Banyak mengajar aku
Tentang sesuatu yang punya sentimental value

nahhh!! 
Aku diuji dengan perasaan sendiri
Yang mana kau tahu ALLAH akan uji nanti
Ujian buat si jantung hati
Ketika mana kau akan pilih yang sejati
Well... Aku punya satu ja cinta sejati
Yaitu Yang Illahi

Teringin untuk aku mengenali
Antara mereka yang terketuk hati
Bukan niat untuk menyukai
Tapi lebih untuk tidak syadid disyaki
Kerana antara layanan member sesama sendiri
Mungkin aku sudah terlebih had memberi

Aku mengaku
ALLAH hadirkan seseorang dalam sedetik waktu
satu demi satu
Untuk mengajar aku
Erti bangkit dan jatuh
Dalam sebuah catu
Agar aku terus memaku
Hati hanya buat yang SATU 
Bukan untuk sentuhan seribu


Moga
ALLAH tetapkan yang terbaik untuk mereka, kau dan aku









Saturday, July 11, 2015

kisah usang disebalik pena baru

"Ahhhcumm!!! Alhamdulillah.. Urghh"
*kelihatan zarah habuk berterbangan diruang bilik akibat imbasan cahaya dari tingkap

Buku2 lama diasing kemas
Barang2 kenangan lama disusun tepi
Masih terfikir ingin dicampak ke tong sampah atau simpan

"ahh dilemanyaaa.. Malas nak pike!"
*dicapai salah satu buku catitan yang penuh kisah seribu bertema "jahiliyyah".

Aduhaii malu sendiri..
Kadang tersenyum
Kadang tergelak
Kadang terasa bodoh
*tutup buku

"macam ni aku dulu?hahaha"

Dari seorang ke seorang,
Dari kisah ke suatu kisah,
Dari indah fantasia ke cerita duka,
Dari cinta ke cinta..

Cinta?  Betul ke cinta?
andai saling mengungkap rasa itu dipanggil cinta, aku silap besar.
Andai saling menghadiahi itu dipanggil cinta, aku silap besar.
Andai saling bersentuhan tiada kira batasan agama,aku silap besar.
Andai saling berjumpa,berhubung siang malam, #apayangakusembangpuntaktaw haha, memang silap besar.

Aduhaii diri..
Takpelah..
 Andai engkau tak lalui semua tu, tiada kau tahu kisah yang ramai inginkan itu.
 Andai engkau tak rasa perit mainan cerita yang dilabel cinta itu, tiada kau tahu kisah itu banyak murka Allah daripada Sayang Allah.

Seberjayanya mana engkau dalam akademik walau engkau masih bergelumang dengan dosa cinta tak halal, engkau akan faham, yang engkau pernah lalui fasa istidraj.

Astaghfirullah..
penuh nya diri ini dengan dosa.
Its okay.

Kau percaya Rahmat ALLAH yang sentiasa terbuka luas untuk hamba Dia?
Kau percaya tak yang doa ini macam order makanan?
Contoh dia macam - kau p kedai makan, kau order macam apa yang kau nak dan kau yakin akan sampai atas meja kau makanan apa yang kau nak. Yang penting sentiasa tabah & sabar menunggu.

Equal.

Samalah macam mana kau mintak kat ALLAH untuk ALLAH ampunkan dosa kau yang lepas dan kau yakin ALLAH akan ampunkan sebagaimana kau mintakkan.

Pakcik char kuey tiaw pun bagi apa yang kau order, apatah lagi besar Rahmat ALLAH yang lagi MAHA PENYAYANG & PEMURAH yang kau baca tiap hari.




Thursday, June 18, 2015

aksara dari Tuhan



" Ya Rabbi, pada setiap hujung sendu, 
aku tahu yang Engkau tahu,
Pada setiap luka darah dihati,
aku tahu yang Engkau tahu,
pada setiap sakitnya iman keringnya ruhi,
aku tahu yang Engkau tahu,
ALLAH.. hamba-Mu ini lemah,
teramat lemah malah daif, 
Jangan Kau uji hamba-Mu ini dengan ujian
hati yang tidak mampu hamba tempuhi, 
Bantu hamba mengawal setiap emosi,
Bantu hamba mengemudi hati,
semoga tetap iman-ku kepadaMu, kekasihku, Ya Ilahi. "


Dan Ya Ilahi,
Aku pinta,
Pada yang tersakiti,
Moga Kau sembuhi nya dengan kasihMu,
Moga Kau gantikan yang sakit tu dengan rasa bahagia,
aku faham apa yang dia rasa.

Dan andai bukan ku punya,
ambillah semula dan letakkan ia pada miliknya.






Saturday, April 11, 2015

Alhamdulillah wa syukurillah

Siapa tak pernah rasa down?
Dan Alhamdulillah aku bersyukur ALLAH sentiasa bantu
Kalau nak ikotkan hati ni, lama aku lari
Tapi ikot hati mati
Maka ikot petunjuk Ilahi
Sebab dalam petunjuk, ada bekalan kekuatan
Untuk menemani sepanjang perjalanan

Alhamdulillah tempoh down aku tak pernah makan masa yang lama
Paling lambat 2 hari
Orang tanya dan expect sebab aku keras
Well supposedly im not
But then I HAVE and HAD to learn
The meaning of healing.
And the healing is only on ALLAH
And the healer is the only ONE, ALLAH.

Aku suka.
Bila aku ada masalah. Aku suka balik pada ALLAH.
Berbanding kongsi dengan manusia.
The loner kan?
Nop
Sebab susah lah letak kepercayaan pada makhluk.
Got so many times being prey of backstabber
Bukan teruk sangat.
Cuma kongsi ja.
Tp bg aku its a big things kot.
Bila kita diceritakan atau org sudi berkongsi dengan kita which means kita dipercayai
So dont ever


Sunday, April 5, 2015

serah

Ada orang pernah bertanya
Andai, 
Andai ia buat kesenangan hati dan jiwa sahabatmu, rela engkau lepaskan dia? 

Diam.
Ya.
Aku lepaskan perkara ini di atas pengetahuan dan janji Allah SWT
Andai Janji ALLAH itu baik untuk aku,
Aku terima.
Andai Janji ALLAH itu buruk bagi aku,
Aku juga akan tetap terima ketentuannya dan aku redha.

Perkara yang lepas banyak mengajar aku erti redha
Seberapa banyak pergantungan pada ALLAH itu aku pahatkan dan aku panjatkan 
Aku tetap memilih apa yang ALLAH tentukan.
Aku belajar erti APA yang ALLAH suka, aku juga akan suka. 
Walau perkara itu buruk pada penglihatan aku.
Ahhhh aku apa tahu? 
Buruk itu mungkin lebih baik untuk diri aku yang hina ini.

Kerana dalam hati aku ada DIA dan bukan dia.
dia hanyalah anugerah ALLAH bagi untuk pinjaman
Boleh jadi kekal ke sana
Boleh jadi takat sini saja

Sungguh, diri kita diri dia diri engkau semua punya ALLAH.
Ingat tu :)

Hasbunallahu wani'mal wakil ni'mal mawla wa ni'mannasir.

Monday, March 30, 2015

pilihan

Aku tahu
Dan aku pilih jalan untuk memerhati dan berdiam
Kunci mulut
Pancung kata-kata
Namun bukan hati
Kerana semua ni milik Ilahi
Aku tak layak menghalang andai Dia tak menghalang
Aku tak layak mengiyakan andai Dia tak mengizinkan

Cumanya, 
Aku pinta
Sikit rasa
Empati jiwa
Untuk dimana saat engkau sedang memulih kan semula remuk retak hati 
Alangkah baik andai engkau juga menjaga hati sekeliling
Aku Dia Engkau Mereka
Semua milik ALLAH
Berbolak baliknya hati kita sendiri
Kita tak terasa

Dan aku
Masih
Memilih untuk berdiam

Sungguh, 

Nabi menjelaskan dalam sebuah
hadis,
“Orang yang berpuasa akan merasakan dua
kegembiraan (besar): kegembiraan ketika berbuka
puasa dan kegembiraan ketika dia bertemu Allah.”
(Hadis Bukhari & Muslim)

Yea.
Disisi dunia nikmat berpuasa padanya saat berbuka
Biar dijadikan saat berbuka itu suatu nikmat yang paling nikmat.
Mari.
Puasa hati.
Kawal nafsu.
Didik jiwa.

Moga pilihan ini terbaik dari yang terbaik


Sunday, March 29, 2015

bijak?


 آللهم صل على سيدنا محمد

Manusia yang sebenar-benar bijak

Daripada Abu Yaala Syaddad bin Aus menjelaskan Nabi Muhammad SAW bersabda :
"orang yang bijak itu ialah mereka yang mengambil berat tentang dirinya dan beramal untuk selepas mati. MANAKALA orang yang lemah itu ialah mereka yang menurut hawa nafsunya sedangkan dia BERCITA-CITA menjadi hamba ALLAH yang diredhai-Nya."

Moga-moga kita dijauhkan daripada golongan yang lemah tersebut. Bangkit menindas hawa nafsu yang kelak menguasai diri jikalau tidak di bendung lebih awal.