Wednesday, July 15, 2015

sapaan berlainan hati

Masa berlalu
Tak terperasankan punya batas waktu
Hati sekali lagi dipalu
Tentang soalan itu

Kejadian yang berlaku
Banyak mengajar aku
Tentang sesuatu yang punya sentimental value

nahhh!! 
Aku diuji dengan perasaan sendiri
Yang mana kau tahu ALLAH akan uji nanti
Ujian buat si jantung hati
Ketika mana kau akan pilih yang sejati
Well... Aku punya satu ja cinta sejati
Yaitu Yang Illahi

Teringin untuk aku mengenali
Antara mereka yang terketuk hati
Bukan niat untuk menyukai
Tapi lebih untuk tidak syadid disyaki
Kerana antara layanan member sesama sendiri
Mungkin aku sudah terlebih had memberi

Aku mengaku
ALLAH hadirkan seseorang dalam sedetik waktu
satu demi satu
Untuk mengajar aku
Erti bangkit dan jatuh
Dalam sebuah catu
Agar aku terus memaku
Hati hanya buat yang SATU 
Bukan untuk sentuhan seribu


Moga
ALLAH tetapkan yang terbaik untuk mereka, kau dan aku









Saturday, July 11, 2015

kisah usang disebalik pena baru

"Ahhhcumm!!! Alhamdulillah.. Urghh"
*kelihatan zarah habuk berterbangan diruang bilik akibat imbasan cahaya dari tingkap

Buku2 lama diasing kemas
Barang2 kenangan lama disusun tepi
Masih terfikir ingin dicampak ke tong sampah atau simpan

"ahh dilemanyaaa.. Malas nak pike!"
*dicapai salah satu buku catitan yang penuh kisah seribu bertema "jahiliyyah".

Aduhaii malu sendiri..
Kadang tersenyum
Kadang tergelak
Kadang terasa bodoh
*tutup buku

"macam ni aku dulu?hahaha"

Dari seorang ke seorang,
Dari kisah ke suatu kisah,
Dari indah fantasia ke cerita duka,
Dari cinta ke cinta..

Cinta?  Betul ke cinta?
andai saling mengungkap rasa itu dipanggil cinta, aku silap besar.
Andai saling menghadiahi itu dipanggil cinta, aku silap besar.
Andai saling bersentuhan tiada kira batasan agama,aku silap besar.
Andai saling berjumpa,berhubung siang malam, #apayangakusembangpuntaktaw haha, memang silap besar.

Aduhaii diri..
Takpelah..
 Andai engkau tak lalui semua tu, tiada kau tahu kisah yang ramai inginkan itu.
 Andai engkau tak rasa perit mainan cerita yang dilabel cinta itu, tiada kau tahu kisah itu banyak murka Allah daripada Sayang Allah.

Seberjayanya mana engkau dalam akademik walau engkau masih bergelumang dengan dosa cinta tak halal, engkau akan faham, yang engkau pernah lalui fasa istidraj.

Astaghfirullah..
penuh nya diri ini dengan dosa.
Its okay.

Kau percaya Rahmat ALLAH yang sentiasa terbuka luas untuk hamba Dia?
Kau percaya tak yang doa ini macam order makanan?
Contoh dia macam - kau p kedai makan, kau order macam apa yang kau nak dan kau yakin akan sampai atas meja kau makanan apa yang kau nak. Yang penting sentiasa tabah & sabar menunggu.

Equal.

Samalah macam mana kau mintak kat ALLAH untuk ALLAH ampunkan dosa kau yang lepas dan kau yakin ALLAH akan ampunkan sebagaimana kau mintakkan.

Pakcik char kuey tiaw pun bagi apa yang kau order, apatah lagi besar Rahmat ALLAH yang lagi MAHA PENYAYANG & PEMURAH yang kau baca tiap hari.