Monday, March 30, 2015

pilihan

Aku tahu
Dan aku pilih jalan untuk memerhati dan berdiam
Kunci mulut
Pancung kata-kata
Namun bukan hati
Kerana semua ni milik Ilahi
Aku tak layak menghalang andai Dia tak menghalang
Aku tak layak mengiyakan andai Dia tak mengizinkan

Cumanya, 
Aku pinta
Sikit rasa
Empati jiwa
Untuk dimana saat engkau sedang memulih kan semula remuk retak hati 
Alangkah baik andai engkau juga menjaga hati sekeliling
Aku Dia Engkau Mereka
Semua milik ALLAH
Berbolak baliknya hati kita sendiri
Kita tak terasa

Dan aku
Masih
Memilih untuk berdiam

Sungguh, 

Nabi menjelaskan dalam sebuah
hadis,
“Orang yang berpuasa akan merasakan dua
kegembiraan (besar): kegembiraan ketika berbuka
puasa dan kegembiraan ketika dia bertemu Allah.”
(Hadis Bukhari & Muslim)

Yea.
Disisi dunia nikmat berpuasa padanya saat berbuka
Biar dijadikan saat berbuka itu suatu nikmat yang paling nikmat.
Mari.
Puasa hati.
Kawal nafsu.
Didik jiwa.

Moga pilihan ini terbaik dari yang terbaik


Sunday, March 29, 2015

bijak?


 آللهم صل على سيدنا محمد

Manusia yang sebenar-benar bijak

Daripada Abu Yaala Syaddad bin Aus menjelaskan Nabi Muhammad SAW bersabda :
"orang yang bijak itu ialah mereka yang mengambil berat tentang dirinya dan beramal untuk selepas mati. MANAKALA orang yang lemah itu ialah mereka yang menurut hawa nafsunya sedangkan dia BERCITA-CITA menjadi hamba ALLAH yang diredhai-Nya."

Moga-moga kita dijauhkan daripada golongan yang lemah tersebut. Bangkit menindas hawa nafsu yang kelak menguasai diri jikalau tidak di bendung lebih awal.

kembali

Bismillahirrahmanirrahim
Segala cerita , kesah seribu semua dichampak jauh dimakan masa.
Biar aku sorang yang menyimpan untuk dikuburkan tanpa nisan.
Hanya kenangan yang memacak tegak menjadi saksi kejadian.
Terus. Terus berjalan. 
Sesekali menoleh untuk terus melangkah meninggalkan.

#qowiy

Fafirru ilallah! Segeralah kembali kepada Allah!