Monday, January 17, 2011

bila gelisah di malam hari...

arhh...
ke kiri.
ke kanan.
semua nye jadi tak menentu .
fikiran ku buntu
pelbagai soalan yang meminta kepastian
berada di minda
rindu..
terlalu rindu.
terlalu rindu jiwa ni utk berjumpa.
berjumpa buat kali kedua
sudah lama ku pendam segala ini
kadang kala terfikir kesilapan yang aku lakukan padanya
berhadapan dan bertentangan
memandang Ia penuh kecintaan
hanya satu cinta buat Ia.
segalanya untuk Ia.
tiada yang lain selain Ia.
aku berdoa agar hati aku akan sentiasa setia padanya
berjanji dalam hati
agar aku tidak akan berpaling daripadanya
sesungguhnya aku betul betul cintakan Ia.

apabila membaca novel agungnya
aku selalu memikirkan kebesaranNya
Memanjatkan kesyukuran sebagai seorang muslim
muslim yang lahir di bumi ciptaanNya
Alhamdulillah....

apabila aku alunkan segala ucapan puji pujian di tengah malam
hati aku meruntun
meruntun kerinduan yang menggunung tingginya
meruntun menahan kesabaran hati utk berjumpa denganNya
meruntun mengenang keadaan sekarang ini
keadaan yang telah Kau firman kan kedalam novel agungMu
bahawa apabila dunia di akhir zaman
maka berubahlah sesetengah hati dan pegangan masyarakat yang lahir di bawah
pimpinan kekasihMu
Sesungguhnya aku takut
aku takut tergolong dalam masyarakat yang Engkau maksudkan itu.

aku berlindung segala itu dari kebesaranMu
lindungilah aku dari perbuatan yang cukup
syaratnya untuk aku dicampak ke api neraka
jadikanlah aku muslim yang berguna
muslim yang berguna Engkau ciptakan di bumi
dengan segala ujian Mu
agar aku dapat tempuhi tanpa aku gugurkan iman yang Engkau kurniakan
dengan izinMu

ketika aku menaip sambil memuji keagunganMu
Azan berkumandang menyatakan waktu zuhur telah tiba
Ah Indahnya ...
setiap ungkapan itu membawa sejuta makna
segala puji bagiMu

kadang kala aku khuatir
khuatir akan tergolong dalam satu kumpulan
kumpulan yang bergelar Munafik atau Nifak
bermaksud " berpura pura melahirkan iman kepadaMu sedangkan hati tetap kufur"
aku menadahkan tangan berdoa agar aku dijauhi dr tergolong dalam kumpulan tersebut
sesungguhnya iman yang lahir dalam hati aku hanya utkMu
Tiada sebarang keraguan bahawa Engkau pencipta yang Satu
ku ikhlaskan segalanya ..

kadang kala aku khuatir
khuatir akan tindak tanduk aku
tanpa ku duga
aku terjerumus dalam kekufuran
samada kufur hakikat atau kufur nikmat
tapi lebih parah apabila menghadapi kufur nikmat tanpa disengajakan
'dengan mengingkari Engkau sebagai pemberi rezeki kpd manusia dan makhluk ciptaanMu'
na'uzubillah min zalik


lantas kalimah syahadah ku pilih jua.
meniti setiap baris dibibir ku
agar aku sentiasa berada di jalan Allah Subhanawataala
Iaitu jalan yang akan membawa aku ke Syurga Firdaus 
InsyaAllah...




2 comments:

Anonymous said...

wow. kagum dgn kehebatan kau mengarang

zakirah mizlan said...
This comment has been removed by the author.